Pendahuluan
Puan Zaimah
telah lama menanam pokok-pokok bunga dan pokok sayuran sejak dahulu.Minatnya
terhadap pokok bunga dan pokok sayuran
semakin banyak kerana penghasilan bunga yang sangat cantik dan warna
bunga-bunga mempengaruhi sekitar halaman Puan Zaimah.Selain itu,pokok sayuran
yang ditanam beliau menghasilkan buah yang banyak.Menanam pokok bunga dan pokok
sayuran memerlukan perhatian yang banyak kerana bimbang akan tumbesaran pokok
bunga akan terbantut sekiranya tidak dijaga dengan baik.Pokok juga akan
berkurang menghasilkan bunga-bunga yang cantik serta buah kerana kekurangan zat
serta tidak mencukupi air atau baja.Untuk menghasilkan bunga-bunga yang lebat
serta cantik memerlukan baja yang baik dan memotong ranting-ranting yang sudah
rosak kerana menggalakan pertunasan pucuk baru.Sama juga dengan
tumbuhan-tumbuhan yang lain,memerlukan pemerhatian serta penjagaan yang baik.
Inovasi Penggunaan Serbuk Tulang Ikan
Serbuk tulang
ikan dikenalkan oleh En Sontang kepada Puan Zaimah.Langkah pertama yang diambil
oleh Puan Zaimah ialah menggantikan baja yang digunakan untuk membaja tanaman
dan pokok-pokok bunga dan pokok sayuran dengan penggunaan serbuk tulang
ikan.Seminggu kemudian didapati pokok-pokok bunga semakin memberi penggalakan
kepada pertunasan pucuk serta membuatkan pokok semakin segar dan bertambah
cantik.Pokok sayuran juga mengeluarkan buah yang banyak serta saiz sedikit
besar berbanding dahulu.Hampir seminggu sekali Puan Zaimah menggantikan baja
dengan serbuk tulang ikan,dilihat pokok-pokok bunga dan sayuran semakin cantik
malahan bunga semakin banyak berbanding dengan daun.Serbuk tulang ikan dapat
menggantikan baja serta menambahbaikkan tanaman-tanaman yang ditanam.Selain
itu,Puan Zaimah dapat melihat tanaman serta pokok bunga kurang dijangkiti
serangga perosak.Pokok bunga semakin hari semakin segar dan menghasilkan bunga
yang banyak.Pokok-pokok sayuran juga menunjukkan kesan yang positif kerana
penghasilan buah semakin meningkat.
|
Sisa
tulang ikan yang dijadikan serbuk | |
|
Pokok
bunga kertas menghasilkan bunga yang lebih banyak |
|
Pokok
Bakawali amat susah menghasilkan bunga,tetapi selepas menggunakan serbuk tulang
ikan,didapati pertunasan untuk berbunga semakin bertambah. |
0 comments :
Posting Komentar