Puan Zaimah Ismail |
Biodata
Puan Zaimah
Binti Ismail merupakan ibu tunggal kepada 4 orang anak.Beliau telah menetap
pada beralamat Lot 9626, Kampung Wakaf Baru, Jalan Gong Badak,21300 Kuala
Terengganu selama 29 tahun. Puan Zaimah atau lebih mesra dipanggil Umi Moh merupakan pensyarah Kerani Pendidikan di
Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan sekarang puan Zaimah berumur 63tahun. Puan
Zaimah juga menyara ke empat-empat anaknya setelah kematian suaminya. Anak-anak
beliau sudah tidak bersekolah,dua antara empat adik beradik sudah mendirikan
rumahtangga, manakala dua orang lagi sudah bekerja. Dengan ini, tanggungan yang ditanggung oleh Puan Zaimah dengan kadar
yang rendah.
Produk
Produk yang
dihasilkan Puan Zaimah ialah agar-agar kering. Proses membuat agar-agar kering
memakan masa yang agak lama berbanding dengan produk-produk yang lain kerana
proses menghasilkan agar-agar kering menggunakan cahaya matahari untuk
mengeringkan agar yang telah masak.
Permasalahan
Masalah yang
akan dihadapi oleh Puan Zaimah apabila cahaya matahari kurang mencukupi kerana
proses mengeringkan agar-agar memakan masa yang agak lama.Untuk menghasilkan
produk yang lebih baik,Puan Zaimah perlu menjemur agar-agar yang sudah masak
dibawah sinaran matahari.Ini kerana,agar-agar tersebut boleh kering dengan
sempurna serta membuatkan agar-agar tersebut lebih rangup dan makin sedap serta
tahan yang lebih lama berbanding menjemur agar-agar dalam tempoh yang singkat.
Cadangan dan Hala Tuju
Puan Zaimah
Ingin memasarkan agar-agar kering berkalsium kepada orang ramai.Oleh itu,orang
ramai dapat mengenali kalsium serta mendapat makanan yang berkhasiat tanpa
bahan-bahan pengawet yang merbahaya kesihatan
Kesimpulan
Keseluruhannya,produk
yang akan dijual oleh Puan Zaimah dapat menyedarkan orang ramai betapa
pentingnya kalsium dalam kehidupan seharian.kalsium bukan sahaja didapati dalam
susu,malah dengan sisa tulang ikan juga boleh menghasilkan kalsium dan juga
banyak member manfaat kepada orang ramai.
0 comments :
Posting Komentar