Senin, 17 November 2014

Bersama Pengusaha Testimoni Kalsium Tulang Ikan (2)

 

En. Ahmad Najib



Biodata

Ahmad Najib bin Ismail, 26 atau lebih dikenali dengan panggilan Najib tinggal di Kg.Jeram, Manir, kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan sehingga peringkat sijil setelah itu tidak lagi meneruskan pembelajaran. Sebelum melibatkan diri secara langsung dengan perusahaan pizza, beliau bekerja di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dalam bidang pembaikian kapal terbang.
Perusahaan pizza merupakan perniagaan sampingan yang telah dijalankan oleh beliau selama lebih kurang satu tahun. Walaubagaimanapun selepas menolak tawaran bertukar kerja ke Kuala Lumpur, beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan pizza secara serius. Sepanjang lebih 2 tahun menjalankan perniagaan ini, dari ke hari ia semakin maju dan berkembang dan pizza yang dijual diterima dengan baik oleh orang ramai.

Produk

Encik Ahmad mengusahakan produk dalam pembuatan pizza di atas jenama Pizza Mad. Produk pizza telah dijual di kios pizza yang terletak di jalan utama di sekitar Wakaf Tembesu yang beroperasi bermula pukul 8.00 pm - 12.00 pm setiap hari. Sebanyak empat jenis perisa pizza bersaiz 10 cm yang dijual iaitu perisa ayam, daging, seafood dan tuna. Purata jualan harian ialah 30 - 35 biji sehari. Kebiasaannya produk ini mendapat permintaan tinggi pada akhir dan awal bulan. Ini berkemungkinan waktu tersebut merupakan waktu gaji bagi kebanyakan penduduk.
Produk Pizza yang Dihasilkan oleh En. Ahmad Najib

Permasalahan

Menurut En. Ahmad permasalahan yang amat ketara adalah dari segi mendapatkan bekalan roti pizza kerana setakat ini hanya bergantung kepada satu penjual roti pizza sahaja. Beliau sering kehabisan stok roti kerana pembekal roti tidak dapat membekalkan roti yang banyak. Keadaan ini menyebabkan perniagaan sedia ada tidak dapat dikembangkan kerana kekurangan bekalan roti pizza.

 

Cadangan dan Hala Tuju

En. Ahmad merancang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan menjual kios pizza di tempat-tempat lain. Oleh itu beliau merancang untuk mempelajari teknik-teknik pembuatan roti pizza atau mencari pembuat roti pizza yang mampu menghasilkan roti yang berkualiti mengikut spesifikasi yang diinginkan. Pada masa hadapan En. Ahmad ingin terus maju dalam perniagaan dan akan terus berkembang.

Kiosk yang Diusahakan oleh En. Ahmad Najib

 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kehidupan yang di lalui oleh En. Ahmad kini semakin bertambah baik dari hari ke hari. Beliau berhasrat untuk mengembangkan perniagaan pizza yang menghasilkan produk usahawan halal. Bukan itu sahaja, beliau boleh di ibaratkan kais pagi makan pagi yang adakala nya mereka dan bersih. Diharapkan perniagaan ini juga dapat dikembangkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk dan negara amnya.

 

 

 

 

 

 

 

0 comments :

Posting Komentar