En. Harun |
Pendahuluan
Pok Arung telah
mengusahakan warung roti canai selama 6 tahun bersama isteri beliau yang turut
menjual makanan sampingan. Warung roti canai Pok Arung boleh dikatakan sudah
terkenal kerana kebanyakkan pelanggan yang datang untuk makan roti canai beliau
merupakan pelanggan tetap. Kedudukan tempat yang strategi iaitu jalan utama
Kampung Padang Hangus merupakan salah satu faktor warung roti canai Pok Arung
dikenali.
Ketahanan Produk
Menurut Pok
Arung, roti canai yang di hasilkan oleh beliau boleh bertahan dalam jangkamasa
2-3 hari tanpa bahan pengawet sekiranya diletak di dalam peti sejuk. Hal ini
agak merisaukan kepada beliau kerana jika dihasilkan dalam kuantiti ynag banyak
tempoh masa ketahanan ini sudah tidak agak lama.
En. Harun sedang menebar roti canai di kedai beliau |
Inovasi Penggunaan Kalsium
Pok Arung mula
di perkenalkan dengan kalsium tulang ikan daripada inovasi tulang ikan yang
telah di kaji oleh Dr. Dara Aisyah. Semenjak beliau menggunakan kalsium inovasi
tulang ikan ini ketahanan bagi Roti Canai yang telah dihasilkan oleh beliau
menunjukkan perubahan yang drastik. Antara perubahan yang telah berlaku pada roti
canai beliau adalah jangka hayat roti canai itu sendiri telah bertahan lebih
lama berbanding sebelum ini. Roti canai beliau boleh bertahan selama 1 minggu
sekiranya diletakkan di dalam peti sejuk. Hal ini sekaligus memberi sinar baru
dalam produk roti canai Pok Arung yang selama ini beliau risau akan tahap
ketahanannya. Selain itu roti canai beliau juga dikatakan semakin gebu dan
mudah dibentuk selepas roti canai ini diuli. Sebelum ini proses untuk
menghasilkan bebola tepung roti canai ini agak lama. Selepas menggunakan
kalsium tulang ikan daripada inovasi tulang ikan ini tempoh penghasilan bebola
tepung roti canai ini menjadi singkat. Hal ini dapat menjimatkan masa beliau.
0 comments :
Posting Komentar