Senin, 17 November 2014

Bersama Pengusaha Testimoni Kalsium Tulang Ikan (3)

Biodata


Harun Bin Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Arung tinggal di Kampung Padang Hangus, Tepoh. Beliau telah menerima pendidikan sehingga tingkatan 5 di Sek.Men.Keb Bukit Tunggal dan setelah itu tidak lagi meneruskan pembelajaran. Beliau merupakan seorang bapa kepada 10 orang anak kini tinggal di rumah milik beliau bersama isteri beliau yang bernama Zainab Binti Abdullah atau lebih mesra dipanggil dengan Mok Cik Nab. Beliau sekarang menanggung anak beliau yang hanya tinggal 2 orang lagi yang masih bersekolah dengan hasil dengan membuka sebuah warung di kampung beliau.
 
Beliau telah menetap di kampung tersebut selama 20 tahun. Sebelum ini beliau merupakan seorang pemandu lori. Beliau telah memandu pelbagai jenis lori dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan tersebut atas sebab kesihatan. Beliau pada mulanya mencuburi dunia perniagaan ini dengan membuka sebuah warung di bazar Gong Badak bersama isteri beliau. Namun, akibat keadaan tempat yang kurang strategik, beliau mengambil keputusan untuk membuka warung di kampung beliau sahaja. Pada mulanya beliau hanya menjual makanan untuk pagi seperti nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang dan sedikit kuih muih. Setelah melihat potensi kawasan tersebut, akhinya timbul idea untuk membuat rori canai yang mana merupakan makanan kegemaran penduduk tempatan. Sejak daripada itulah, beliau mula membuat dan menjual roti canai bersama makanan sampingan seperti mee sup dan nasi lemak serta nasi minyak.
 

Produk

Pok Arung mengusahakan produk dalam pembuatan Roti Canai manakala isteri beliau iaitu Mok Cik Nab membuat makanan seperti nasi lemak,nasi minyak dan mee sup. Waktu operasi warung Pok Arung ini adalah pada hari Ahad hingga Rabu bermula pada pukul 5 petang hingga 11 malam. Warung beliau hanya dibuka pada waktu pagi iaitu hari jumaat bermula pada pukul 7 pagi hingga 11 pagi. Pada bulan Ramadhan pula, beliau hanya berniaga pada sebelah petang sahaja, iaitu antara pukul 4.30 petang hingga 6.45 petang dengan hanya menjual Murtabak.

 

Permasalahan

Menurut Pok Arung, permasalahan yang amat ketara adalah dari segi tempat perniagaan. Menurut beliau, warung beliau sekarang ini merupakan sebuah markas Parti UMNO yang ditubuhkan ketika pilihan raya umum ke 12 yang lepas. Oleh itu, beliau perlu menyewa kedai tersebut dengan JKKK. Disebabkan kedai tersebut merupakan kedai sewa, beliau tidak boleh menambah kuantiti meja dan kerusi kerana ruang kedai yang sempit. Beliau ingin menambah kuantiti kerusi dan meja kerana ramai pelanggan tidak dapat duduk kerana kerusi dan meja yang disediakan telah penuh oleh pelanggan yang makan di warung beliau itu. 
 Selain itu, masalah yang lain yang dihadapi beliau adalah kewangan untuk membuat warung baharu. Beliau bercadang untuk memindah warung beliau itu ke tempat baharu iaitu di tepi rumah beliau. Disebabkan keadaan kewangan yang tidak kukuh, hasrat beliau tersebut kini terbantut.

 

Cadangan dan hala Tuju

Bagi hala tuju pada masa hadapan Pok Arung ingin terus maju dalam perniagaan dan akan terus berkembang. Selain itu, beliau berharap agar cita-cita beliau untuk membuka warung roti canai di atas tanah milik beliau sendiri tercapai. Beliau juga ingin dibantu dalam perniagaan agar beliau dapat terus meneruskan kehidupan bersama anak-anak beliau.

 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kehidupan yang di lalui oleh Pok Arung sebelum ini penuh ranjau dan cabaran dalam meneruskan kehidupan seharian. Sehingga sekarang, hasil perniagaan beliau hanya cukup untuk menampung pembelanjaan harian sahaja kerana warung tersebut merupakan warung yang kecil yang tidak dapat menampung pelanggan yang ramai pada satu-satu masa.

0 comments :

Posting Komentar