Selasa, 18 November 2014

Testimoni Pn. Salbiah (Kak Sal)

Antara Produk Baulu Kak Sal

 

Pendahuluan


Kak Sal telah mengusahakan perusahaan sudah hampir 13 tahun. Yang mana perniagaan ini sudah berada pada tahap ekonomi yang kukuh dan boleh dikatakan beliau sudah mampu untuk membuka cawangan yang baru bagi meluaskan lagi perniagaan bahulu beliau. Beliau mengahsilkan sekurang-kurangnya 8 bancuhan bahulu pada setiap hari bagi menghasilkan bahulu. Bagi setiap tong bancuhan dianggarkan sebanyak 20 liter. Manakala jumlah ini akan meningkat apabila menjelang musim cuti sekolah. Hala ini ekoran permintaan pada majlis perkahwinan bagi menjadikan buah tangan kepada tetamu yang datang meraikan majlis perkahwinan tersebut. Rata-rata yang mengambil produk Bahulu Kak Sal ini adalah daripada penduduk sekitar Kuala Terengganu dan beliau turut menerima tempahan daripada luar negeri.

Produk Baulu Original

 

Sebelum Penggunaan Produk Kalsium


Menurut Kak Sal, sebelum beliau kenal dengan produk kalsium bahulu yang dihasilkan beliau kini tidak lagi seperti dahulu. Hal ini demikian kerana pada sebelumnya bahulu yang dihasilkan oleh beliau dikatakan tidak begitu gebu. Hal ini disedari beliau setelah beliau melihat perbezaan sebelum dan selepas penggunaan kalsium. Bukan itu sahaja, sebelum ini dikatakan bahulu yang dihasilkan beliau kembang dengan agak lambat. Hal ini turut mengambil masa bagi penyediaan bahulu dalam seharian.
Baulu yang Ditempah untuk  Dijadikan Buah Tangan Pengunjung Majlis Keraian

Inovasi Penggunaan Kalsium

Dalam penyediaan bahulu kini, hasil yang ditunjukkan  adalah berbeza setelah produk beliau mengalami inovasi dalam pengguan kalsium. Permasalahan yang dialami beliau pada satu masa dahulu sudah tidak berulang lagi. Bahulu yang dahulunya dikatakan lambat kembang dan juga kurang gebu kini sudah tidak lagi. Bahulu Kak sal ini sudah semakin gebu dan juga cepat kembang. Hal ini merupakan satu inovasi baharu dalam penyediaan bahulu beliau. Menurut beliau lagi, penggunaan pruduk kalsium akan beliau terus menggunakan agar memastikan kualiti bahulu akan menjadi lebih baik dan bukn itu sahaja dengan penggunaan kalsiun ini bahulu yang dihasilkan beliau akan menjadi lebih berkhasiat dan sihat. Selaras dengan seruan kerajaan dalam mengamalkan permakanan sihat dalam kehidupan seharian.
Bahulu Bunga Kemboja

0 comments :

Posting Komentar