Sabtu, 22 November 2014

Testimoni Pn. Zaimah (Umi Moh) - Sos Keropok

 
Sos yang telah dimasukkan Kalsium Tulang Ikan

Pendahuluan

Puan Zaimah atau panggilan yang sering digunakan ialah Umi Moh. Umi Moh merupakan seorang pesara kerani dan juga suri rumah. Bila ada masa yang terluang,umi moh akan menghasilkan sos keropok untuk keluarganya. Sos keropok yang dihasilkan oleh umi moh akan bertahan selama seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Jika dibiarkan sos diluar, akan bertahan selama 3 hari. Kerana lada yang dibuat sos tidak akan tahan lama serta akan menghasilkan gas jika tidak disimpan dalam peti sejuk. Jika mokcik umi membuat sos dalam kuantiti yang banyak, Mok Cik Moh meletakkannya didalam peti ais untuk mengelakkan sos itu berbuih serta masam.

Inovasi Penggunaan Kalsium Tulang Ikan


Selepas menggunakan Kalsium daripada sisa tulang ikan,mokcik umi mendapati sos yang dihasilkan semakin sedap. Dalam proses membuat sos keropok,mokcik umi akan menapis hampas-hampas lada dan dibuang. Selepas itu, umi moh akan meletakkan air kalsium dari sisa tulang ikan. Pada mulanya,sos yang dihasilkan nampak cair selepas ditapis, tetapi bila disimpan dalam peti, sos yang telah dihasilkan semakin pekat dan menambah rasa yang sangat sedap berbanding sos yang telah dihasilkan dahulu. Jika sos diletak luar dari peti sejuk juga,sos tersebut lambat berbuih atau busuk. Dengan menggunakan kalsium tulang ikan yang diberi,memberi ketahanan kepada produk serta boleh menjadikan bahan pengawet. Umi moh tidak merasa bimbang lagi kerana sos yang dihasilkan semakin bermutu dan tempoh yang boleh disimpan semakin meningkat. Sejak menggunakan kalsium dalam sos, ketahanan sos setakat ini selama sebulan jika tidak meletakkan dalam peti sejuk. Jika meletakkan dalam peti sejuk kemungkinan akan lama lagi tempohnya.

0 comments :

Posting Komentar