Sabtu, 22 November 2014

Alhamdulillah dah tak guna spek mata

Pn. Asmaa'Afifah

Biodata



Puan Asmaa’Afifah binti Mohd Rawi atau dikenali dengan nama Puan Wati atau  Puan Asma’.Puan Asmaa’.Beliau menetap di alamat No 21, M.A.I.D.A.M ,Banggol Peradong,Manir 21200 Kuala Terengganu.Puan Asmaa’ mempunyai 5 orang anak,dan anak-anak beliau masih bersekolah.Umur Puan Asmaa’ 36 tahun,sebelum bekerja sebagai pekerja Am,Puan Asmaa’ bekerja sebagai kerani.Puan Asmaa’ menyara semua anak-anaknya kerana suami Puan Asmaa’ didapati sakit Osteoarthritis dan Rheumatoid arthritis.Dengan keadaan suami yang kurang mengizinkan,Puan Asmaa’ membanting tulang untuk menyara kehidupan seharian kerana suami beliau tidak boleh melakukan pekerjaan yang berat-berat kerana keadaan kaki dan tangan suami Puan Asma tidak berapa baik.Puan Asmaa’ menanggung semua perbelanjaan selepas didapati suami beliau kurang sihat 3 bulan dahulu.

Permasalahan


Masalah yang dihadapi oleh Puan Asmaa’ ialah rabun yang teruk.Beliau telah memakai kaca mata sejak beliau berumur 17 tahun.Jika Puan Asmaa’ tidak memakai kaca mata,beliau tidak boleh melakukan kerja dengan baik kerana kabur yang amat sangat.Semua pekerjaan akan terbatas jika Puan Asmaa’ tidak memakai kaca mata.Apabila beliau tidak memakai kaca mata,mata terasa pedih-pedih dan berair.

Cadangan dan Hala Tuju

Puan Asmaa’ ingin meneruskan penggunaan kalsium tulang ikan kerana beliau mendapati,dengan penggunaan air kalsium dari sisa tulang ikan,serba sedikit dapat menolong beliau mengurangkan kesakitan pada mata jika Puan Asmaa’ membuka kaca mata.Puan Asmaa’ berharap dengan menggunakan air kalsium dari sisa tulang ikan,membawa seribu kebaikkan keatas dirinya dan orang lain.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya kehidupan Puan Asmaa’ penuh dengan onak duri kerana Puan Asmaa’ terpaksa bekerja keras untuk menanggung keluarganya disebabkan suami beliau menghidap penyakit Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis.Dengan keadaan suami Puan Asmaa’ yang tidak mengizinkan.Bukan itu sahaja,kehidupan Puan Asmaa’ ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Keluarga Puan Asmaa’ tidak dapat bantuan dari mana-mana pihak untuk membantu kesusahan yang dihadapi oleh keluarga beliau.Tambahan pula,gaji yang dapat setiap bulan oleh Puan Asmaa’ sangat tidak mencukupi.

 

0 comments :

Posting Komentar