Biodata
Bahulu kak sal atau lebih dikenali sebagai Baulu Kak Sal merupakan antara Bahulu yang terkenal di Terengganu ini. Perniagaan Bahulu yang diusahakan oleh Salbiah Binti Sulaiman (Kak Sal), 36 tahun, bersama suaminya iaitu Baharudin (Pak Din), 58 tahun, telahpun mencecah usia selama 13 tahun. Dengan dibantu oleh dua orang pekerja sahaja, Bahulu Kak Sal ini berjaya memenuhi permintaan penduduk tempatan dan juga pelancong dari luar negeri yang menggemari bahulu. Kepelbagaian jenis dan rasa Bahulu buatan beliau ini membuatkan ramai yang berkunjung ke gerai beliau bagi mendapatkan Bahulu Kak Sal.
Kak Sal yang mempunyai 5 orang anak
daripada hasil perkahwinan beliau bersama suaminya ini telah menetap
bersama-sama di kediaman beliau yang terletak di Kampung Bukit Besar Kuala
Terengganu. Daripada 5 orang anak beliau tersebut, 3 daripadanya masih
bersekolah. Kak Sal yang hanya bersekolah sampai tingkatan 2 sahaja dan beliau
sebelum menceburkan diri dalam perusahaan membuat bahulu dahulunya beliau
merupakan seorang pengusaha ikan kering dan juga kuih muih. Dan segala
perniagaan beliau usahakan dengan hasil titik peluh sendiri tanpa memperoleh
bantuan daripada kerajaan. Perusahaan beliau yang dibuka selama 7 hari seminggu
manakala pada hari Jumaat kedai beliau beroperasi hanya separuh hari.
Produk
Kak Sal mengusahakan bahulu secara
serius dan kini nama beliau sudah tidak asing lagi kepada penduduk di sekitar
Kuala Terengganu. Dengan prinsip yang di terapkan oleh Kak Sal dalam perniagaan
yang mementingkan kepuasan pelanggan diutamakan berbanding keuntungan. Oleh
yang demikian beliau membuat bahulu pelbagai aneka seperti bahulu asli, bahulu
manisan, bahulu beras dan bahulu pandan. Selain itu juga beliau turut
menghasilkan bahulu keras atau lebih dikenali dengan nama bahulu rangup. Tambah
lagi Kak Sal turut membuat kuih Menganang dalam perusahaan beliau seharian bagi
memenuhi permintaan pelanggan beliau.
Pemasalahan
Dalam perniagaan Kak Sal hanya wujud
pada peringkat awal perniagaan perniagaan beliau sahaja. Hal ini wujud ekoran
beliau terpaksa berkerja keras bagi memastikan pusingan modal dan keuntungan
dalam perniagaan beliau dapat bergerak selari tanpa wujudnya permasalahan dari
segi modal. Tanpa bantaun daripada mana-mana pihak beliau perlu bijak merancang
bagi memastikan perniagaan beliau berkembang maju tanpa permasalahan yang
besar. Kini beliau sudah mempunyai nama dalam kalangan penduduk setempat dan
bukan itu sahaja kini beliau sudah di kenali ramai oleh pelanggan yang datang
luar dari Terengganu dengan jolokan nama Kak Sal Bahulu.
Cadangan dan Hala Tuju
Halatuju pada masa hadapan Kak Sal
mahu perniagaan beliau terus berkembang maju di peringkat global. Bukan itu
sahaja beliau ingin membesarkan lagi kedai perusahaan beliau dan juga peralatan
yang digunakan dalam menghasilkan bahulu perlu ditambah. Hal ini demikian
kerana, ketidak sempatan beliau bagi menampung permintaan yang kian meningkat tinggi apabila menjelang
musim perayaan dan juga musim cuti sekolah. Permintaan pada musim cuti sekolah
yang kian meningkat tinggi pada musim cuti sekolah adalah kerana majlis
perkahwinan yang banyak berlansung di sekitar Kuala Terengganu untuk dijadikan
sebagai buah tangan kepada pengunjung yang datang pada majlis perkahwinan
tersebut.
Kesimpulan
Kak
Sal merupakan seorang usahawan wanita yang gigih dalam menjalankan perniagaan
beliau. Hal ini jelas dapat dilihat pada perkembangan perniagaan beliau yang
memerlukan usaha dan semangat yang kuat dalam membangunkan perniagaan bahulu
yang kini namanya menitir di bibir-bibir pelanggan yang berada dari dalam dan
juga luar Terengganu.
0 comments :
Posting Komentar