|
Pn. Asmaa'Afifah |
Biodata
Puan Asmaa’Afifah binti Mohd Rawi atau
dikenali dengan nama Puan Wati atau Puan
Asma’.Puan Asmaa’.Beliau menetap di alamat No 21, M.A.I.D.A.M ,Banggol
Peradong,Manir 21200 Kuala Terengganu.Puan Asmaa’ mempunyai 5 orang anak,dan
anak-anak beliau masih bersekolah.Umur Puan Asmaa’ 36 tahun,sebelum bekerja
sebagai pekerja Am,Puan Asmaa’ bekerja sebagai kerani.Puan Asmaa’ menyara semua
anak-anaknya kerana suami Puan Asmaa’ didapati sakit Osteoarthritis dan
Rheumatoid arthritis.Dengan keadaan suami yang kurang mengizinkan,Puan Asmaa’ membanting
tulang untuk menyara kehidupan seharian kerana suami beliau tidak boleh
melakukan pekerjaan yang berat-berat kerana keadaan kaki dan tangan suami Puan
Asma tidak berapa baik.Puan Asmaa’ menanggung semua perbelanjaan selepas
didapati suami beliau kurang sihat 3 bulan dahulu.
Permasalahan
Masalah yang
dihadapi oleh Puan Asmaa’ ialah rabun yang teruk.Beliau telah memakai kaca mata
sejak beliau berumur 17 tahun.Jika Puan Asmaa’ tidak memakai kaca mata,beliau
tidak boleh melakukan kerja dengan baik kerana kabur yang amat sangat.Semua
pekerjaan akan terbatas jika Puan Asmaa’ tidak memakai kaca mata.Apabila beliau
tidak memakai kaca mata,mata terasa pedih-pedih dan berair.
Cadangan dan Hala Tuju
Puan Asmaa’
ingin meneruskan penggunaan kalsium tulang ikan kerana beliau mendapati,dengan
penggunaan air kalsium dari sisa tulang ikan,serba sedikit dapat menolong
beliau mengurangkan kesakitan pada mata jika Puan Asmaa’ membuka kaca mata.Puan
Asmaa’ berharap dengan menggunakan air kalsium dari sisa tulang ikan,membawa
seribu kebaikkan keatas dirinya dan orang lain.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya kehidupan Puan
Asmaa’ penuh dengan onak duri kerana Puan Asmaa’ terpaksa bekerja keras untuk
menanggung keluarganya disebabkan suami beliau menghidap penyakit
Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis.Dengan keadaan suami Puan Asmaa’ yang
tidak mengizinkan.Bukan itu sahaja,kehidupan Puan Asmaa’ ibarat kais pagi makan
pagi,kais petang makan petang.Keluarga Puan Asmaa’ tidak dapat bantuan dari
mana-mana pihak untuk membantu kesusahan yang dihadapi oleh keluarga
beliau.Tambahan pula,gaji yang dapat setiap bulan oleh Puan Asmaa’ sangat tidak
mencukupi.