Almond Chocolate Delights |
Sabtu, 27 Desember 2014
Thank ALLAH.. Alhamdulillah
Terimakasih Ya Allah atas limpahan rahmatMu kepada kami para penyelidik Pusat Pembangunan Sosioekonomi atau Center Socioeconomic Development (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sehingga kami berjaya menghasilkan pelbagai produk yang bermanfaat bagi ummat dari penyelidikan "Inovasi Tulang Ikan". Atas kehendak-Mu Ya Allah kami berjaya menemui potensi sisa tulang ikan
sebagai pengganti hidroksiapatit (HA) yang boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan prosesan. Yang mana selama ini ramai orang beranggapan bahawa tulang ikan sebagai sisa produksi yang tidak bermanfaat bagi manusia.
Tepung Tulang Ikan Untuk Komuniti Persisir Kuala Terengganu
Kuala Terengganu - Kumpulan penyelidik Pusat Pembangunan Sosioekoni atau Center Socioeconomic Development (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhasil memproses tulang ikan menjadi tepung yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai pemprosesan. Hasil penyelidikan tersebut boleh membantu komuniti pesisir terengganu yang majoritinya bekerja dalam sektor Nelayan. Kajian yang diketuai oleh Dr. Dara Aisyah Mohd Ali Puteh serta melibatkan Prof. Dr. Ibrahim Mamat dan Muhammad Sontang boleh membantu menjadikan persekitaran komuniti lebih bersih, serta boleh membuka ruang pekerjaan baharu kepada komuniti serta menambah pendapatan.
Rabu, 26 November 2014
Inovation of Fish Bone at I-Nova Exhibition
I-Inova Exhibition
The Exposition on Islamic Innovation (i-Inova) is a series of successful exposition that began in 2010. It is an exhibition and competition to introduce innovative products from higher learning institutions and research institute from local and abroad. The objective of this expo is to expose innovations that were achieved through research activities by students and researchers in Malaysia and the international institutions of higher learning.
(Back) |
Sticker Design
Water Sticker |
Chocolate Sticker (back) |
Chocolate Sticker (front) |
Chocolate Sticker (complete) |
Chocolate Product
(Before) |
(After) |
Packaged Ready |
Drinking Product
Calcium Drinking Water (Side View) |
Calcium Drinking Water (Top View) |
Testimoni Bersama Dr. Izma Hafizah
Pengalaman Dr. Izma Hafizah menggunakan produk Kalsium Tulang Ikan
Dr. Izma Hafizah
|
Dr. Izma Hafizah atau lebih mesra dipanggil Dr.
Izma merupakan seorang pegawai perubatan dan bertugas di Poliklinik An-Nisa’
yang terletak di Bangi, Selangor. Beliau juga merupakan ibu kepada 3 orang
anak. Rutin harian beliau adalah sangat padat dan turut sama mengurus sekolah
tahfiz. Rangkaian poliklinik turut sama diusahakan dalam masa yang sama bagi
menampung dana gerakan dan usaha membela agama Allah.
Sabtu, 22 November 2014
Alhamdulillah dah tak guna spek mata
Pn. Asmaa'Afifah |
Biodata
Puan Asmaa’Afifah binti Mohd Rawi atau
dikenali dengan nama Puan Wati atau Puan
Asma’.Puan Asmaa’.Beliau menetap di alamat No 21, M.A.I.D.A.M ,Banggol
Peradong,Manir 21200 Kuala Terengganu.Puan Asmaa’ mempunyai 5 orang anak,dan
anak-anak beliau masih bersekolah.Umur Puan Asmaa’ 36 tahun,sebelum bekerja
sebagai pekerja Am,Puan Asmaa’ bekerja sebagai kerani.Puan Asmaa’ menyara semua
anak-anaknya kerana suami Puan Asmaa’ didapati sakit Osteoarthritis dan
Rheumatoid arthritis.Dengan keadaan suami yang kurang mengizinkan,Puan Asmaa’ membanting
tulang untuk menyara kehidupan seharian kerana suami beliau tidak boleh
melakukan pekerjaan yang berat-berat kerana keadaan kaki dan tangan suami Puan
Asma tidak berapa baik.Puan Asmaa’ menanggung semua perbelanjaan selepas
didapati suami beliau kurang sihat 3 bulan dahulu.
Permasalahan
Masalah yang
dihadapi oleh Puan Asmaa’ ialah rabun yang teruk.Beliau telah memakai kaca mata
sejak beliau berumur 17 tahun.Jika Puan Asmaa’ tidak memakai kaca mata,beliau
tidak boleh melakukan kerja dengan baik kerana kabur yang amat sangat.Semua
pekerjaan akan terbatas jika Puan Asmaa’ tidak memakai kaca mata.Apabila beliau
tidak memakai kaca mata,mata terasa pedih-pedih dan berair.
Cadangan dan Hala Tuju
Puan Asmaa’
ingin meneruskan penggunaan kalsium tulang ikan kerana beliau mendapati,dengan
penggunaan air kalsium dari sisa tulang ikan,serba sedikit dapat menolong
beliau mengurangkan kesakitan pada mata jika Puan Asmaa’ membuka kaca mata.Puan
Asmaa’ berharap dengan menggunakan air kalsium dari sisa tulang ikan,membawa
seribu kebaikkan keatas dirinya dan orang lain.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya kehidupan Puan
Asmaa’ penuh dengan onak duri kerana Puan Asmaa’ terpaksa bekerja keras untuk
menanggung keluarganya disebabkan suami beliau menghidap penyakit
Osteoarthritis dan Rheumatoid Arthritis.Dengan keadaan suami Puan Asmaa’ yang
tidak mengizinkan.Bukan itu sahaja,kehidupan Puan Asmaa’ ibarat kais pagi makan
pagi,kais petang makan petang.Keluarga Puan Asmaa’ tidak dapat bantuan dari
mana-mana pihak untuk membantu kesusahan yang dihadapi oleh keluarga
beliau.Tambahan pula,gaji yang dapat setiap bulan oleh Puan Asmaa’ sangat tidak
mencukupi.
Testimoni Pn. Zaimah (Umi Moh) - Tanaman
Pendahuluan
Puan Zaimah
telah lama menanam pokok-pokok bunga dan pokok sayuran sejak dahulu.Minatnya
terhadap pokok bunga dan pokok sayuran
semakin banyak kerana penghasilan bunga yang sangat cantik dan warna
bunga-bunga mempengaruhi sekitar halaman Puan Zaimah.Selain itu,pokok sayuran
yang ditanam beliau menghasilkan buah yang banyak.Menanam pokok bunga dan pokok
sayuran memerlukan perhatian yang banyak kerana bimbang akan tumbesaran pokok
bunga akan terbantut sekiranya tidak dijaga dengan baik.Pokok juga akan
berkurang menghasilkan bunga-bunga yang cantik serta buah kerana kekurangan zat
serta tidak mencukupi air atau baja.Untuk menghasilkan bunga-bunga yang lebat
serta cantik memerlukan baja yang baik dan memotong ranting-ranting yang sudah
rosak kerana menggalakan pertunasan pucuk baru.Sama juga dengan
tumbuhan-tumbuhan yang lain,memerlukan pemerhatian serta penjagaan yang baik.
Inovasi Penggunaan Serbuk Tulang Ikan
Serbuk tulang
ikan dikenalkan oleh En Sontang kepada Puan Zaimah.Langkah pertama yang diambil
oleh Puan Zaimah ialah menggantikan baja yang digunakan untuk membaja tanaman
dan pokok-pokok bunga dan pokok sayuran dengan penggunaan serbuk tulang
ikan.Seminggu kemudian didapati pokok-pokok bunga semakin memberi penggalakan
kepada pertunasan pucuk serta membuatkan pokok semakin segar dan bertambah
cantik.Pokok sayuran juga mengeluarkan buah yang banyak serta saiz sedikit
besar berbanding dahulu.Hampir seminggu sekali Puan Zaimah menggantikan baja
dengan serbuk tulang ikan,dilihat pokok-pokok bunga dan sayuran semakin cantik
malahan bunga semakin banyak berbanding dengan daun.Serbuk tulang ikan dapat
menggantikan baja serta menambahbaikkan tanaman-tanaman yang ditanam.Selain
itu,Puan Zaimah dapat melihat tanaman serta pokok bunga kurang dijangkiti
serangga perosak.Pokok bunga semakin hari semakin segar dan menghasilkan bunga
yang banyak.Pokok-pokok sayuran juga menunjukkan kesan yang positif kerana
penghasilan buah semakin meningkat.
Sisa tulang ikan yang dijadikan serbuk |
Pokok bunga kertas menghasilkan bunga yang lebih banyak |
Pokok Bakawali amat susah menghasilkan bunga,tetapi selepas menggunakan serbuk tulang ikan,didapati pertunasan untuk berbunga semakin bertambah. |