Sabtu, 27 Desember 2014

Thank ALLAH.. Alhamdulillah

Terimakasih Ya Allah atas limpahan rahmatMu kepada kami para penyelidik  Pusat Pembangunan Sosioekonomi atau Center Socioeconomic Development (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sehingga kami berjaya menghasilkan pelbagai produk yang bermanfaat bagi ummat dari penyelidikan "Inovasi Tulang Ikan". Atas kehendak-Mu Ya Allah kami berjaya menemui potensi sisa tulang ikan sebagai pengganti hidroksiapatit (HA) yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan prosesan. Yang mana selama ini ramai orang beranggapan bahawa tulang ikan sebagai sisa produksi yang tidak bermanfaat bagi manusia.

Alhmadulillah, kami telah berjaya melakukan pelbagai eksperimen kegunaan tulang ikan yang telah melalui pemprosesan yang cermat dan teliti. Diantara produk yang telah dihasilkan daripada "Inovasi Tulang Ikan" ialah pelbagai jenis produk makanan halalan tayyiban yang mengandungi kalsium seperti Hidroxyapatite Chocolate Taste, Hidroxyapatite Pizza, Keropok Lekor, Chok Cake Hidroxyapatite, Minuman Kurma berkalsium, dan lain-lain. Selain itu, kami juga berjaya menghasilkan pelbagai produk kosmetika (Hand & Body Lotion Collagen, Body Scrub Collagen, obat penjernih mata, penyegar muka, etc). Juga kami berjaya menghasilkan penapis air daripada HA dan karbon teraktif daripada sumber bahan tulang ikan. Selain itu juga boleh menghasilkan prototaip karbon biopolar daripada sisa tulang ikan yang berpotensi sebagai sel enjin bahan api kapal nelayan pesisir. 

Syukur padaMu Ya Rabbi, kumpulan kami juga berjaya mendapatkan pelbagai Anugerah Gold dalam setiap sesi pertandingan baik diperingkat Negeri mahupu diperingkat kebangsaan Malaysia dengan mempamerkan produk-produk yang dihasilkan daripada "Inovasi Tulang Ikan". Berkat penyelidikan ini, selain dapat meningkatkan prestasi Universiti Malaysia Terengganu, juga berjaya membantu menjadikan persekitaran komuniti pesisir lebih bersih, serta boleh membuka ruang pekerjaan baharu kepada komuniti nelayan serta boleh menambah pendapatan mereka.
Thanks Ya Allah atas ilmu yang Engkau curahkan ke dalam dada-dada kami, semoga ke hadapan kami berjaya mempertahankan dan meningkatkan prestasi sedia ada serta boleh menghasilkan pelbagai produk yang bermanfaat lainnya daripada "Inovasi Tulang Ikan" ini. La Qaula Wala Quwata Illa billahil'aziyim'azim. 




 Stiker yang menunjukkan peta sebaran daerah produksi Keropok Lekor di Terengganu dan potensi pendapatan daripada produksi keropok lekor




0 comments :

Posting Komentar