Sabtu, 27 Desember 2014

Inovasi Tulang Ikan Dalam Almond Chocolate Delights

Almond Chocolate Delights
Kuala Terengganu - Tulang ikan mengandungi pelbagai manfaat, hasil daripada "Inovasi Tulang Ikan" yang dikembangkan oleh sekumpulan Penyelidik di Pusat Pembangunan Sosioekonomi atau Center Socioeconomic Development (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang diketuai oleh Dr. Dara Aisyah Mohammad Ali Puteh. Melalui penyelidikan mereka telah menemui potensi sisa tulang ikan sebagai pengganti hidroksiapatit (HA) yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan prosesan.
 

Tulang ikan berkenaan diperoleh daripada pengusaha industri keropok tempatan (Kuala Terengganu). Sekali gus, bahan yang selama ini dibuang begitu sahaja dapat dimanfaatkan. Pengurusan sisa tulang ikan menjadi HA sangat berguna bagi menjadikan persekitaran komuniti lebih bersih, selain itu membuka ruang pekerjaan baharu kepada komuniti serta menambah pendapatan.


Banyak produk yang boleh dihasilkan daripada Inovasi Tulang Ikan tersebut. Satu daripada produk yang berjaya dihasilkan ialah pemprosesan sisa tulang ikan daripada pengusaha filet untuk pembuatan Coklat HA. Coklat HA yang mengandungi kalsium menjadi satu produk yang boleh di komersilkan sehingga boleh menambah pendapatan komuniti pesisir pantai.


Berikut ini gambar-gambar produk Inovasi Tulang Ikan yang dipamerkan pada satu pertandingan di Kuala Lumpur.


Tulang ikan yang sudah dibersihkan sebagai bahan utama untuk menghasilkan hidroksiapatit (HA)



Terlihat Dr. Dara Aisyah Mohd Ali Puteh sedang mempresentasikan produk 
yang dihasilkan dari Inovasi Tulang Ikan




Salah satu produk yang dihasilkan daripada Inovasi Tulang Ikan ialah Choklat HA 
(Almond Chocolate Delights)


Kemasan Choklat HA (Almond Chocolate Delights) yang siap di komersilkan.

0 comments :

Posting Komentar