Kuala Terengganu - Kumpulan penyelidik Pusat Pembangunan Sosioekoni atau Center Socioeconomic Development (CSD), Institut Penyelidikan Kenyir (IPK) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhasil memproses tulang ikan menjadi tepung yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai pemprosesan. Hasil penyelidikan tersebut boleh membantu komuniti pesisir terengganu yang majoritinya bekerja dalam sektor Nelayan. Kajian yang diketuai oleh Dr. Dara Aisyah Mohd Ali Puteh serta melibatkan Prof. Dr. Ibrahim Mamat dan Muhammad Sontang boleh membantu menjadikan persekitaran komuniti lebih bersih, serta boleh membuka ruang pekerjaan baharu kepada komuniti serta menambah pendapatan.
Menurut Dr. Dara dengan adanya penyelidikan tersebut, isteri-istri nelayan di pesisir pantai
Kuala Terengganu mendapat manfaat memandangkan 80 peratus daripada
mereka tidak mempunyai pekerjaan. Pelbagai produk yang boleh dihasilkan daripada tepung Tulang Ikan tersebut, misalnya untuk pelbagai jenis produk makanan (Hidroxyapatite Chocolate Taste, Hidroxyapatite Pizza, Keropok Lekor, Chok Cake Hidroxyapatite, etc), produk kosmetik dan rawatan air minum dengan menggunakan kartij daripada HA dan karbon teraktif daripada sumber bahan tulang ikan. Selain itu juga boleh menghasilkan prototaip karbon biopolar daripada sisa tulang ikan yang
berpotensi sebagai sel enjin bahan api kapal nelayan pesisir, dan pelbagai produk lainnya yang akan dikembangkan.
Penyelidikan "Inovasi Tulang Ikan" telah berjaya mendapatkan Anugerah Gold dalam pelbagai pertandingan yang diikuti. Terbaru, Inovasi Tulang Ikan berjaya mendapatkan Gold, Al-Khawarizmi, Anugerah Inovasi Islam dengan tajuk "Program Inovasi Sosial Tulang Ikan Bagi Menghasilkan Kalsium Inorganik Halalan Toyyiban Di Komuniti Pesisir Negeri Terengganu". Selain itu, beberapa Gold lainnya juga pernah berjaya didapatkan oleh kumpulan penyelidik inovatif tersebut.
Hasil penyelidikan "Inovasi Tulang Ikan" juga beberapa kali telah dimuat dalam sidang akhbar ternama di Malaysia seperti Utusan Malaysia dengan tema "UMT Hasil Tepung Tulang Ikan", Berita Harian (UMT Proaktif, Inovatif, Kreatif), Sinar Harian (Tulang Ikan Ubah Hidup) dan pelbagai akhbar lainnya seperti yang ditunjukkan dibawah ini.
Terlihat dalam Akhbar Dr. Dara Aisyah Muhammad Ali Puteh dan Mohd. Sontang Ahmad beserta seorang pelajar Nurhidayah Mukhtar sedang menunjukkan tulang ikan yang boleh dijadikan pelbagai produk semasa Persidangan Kebangsaan Pembangunan Komuniti Nelayan di Kuala Terengganu.
Dr. Dara Aisyah (kiri dalam gambar) melihat longgokan tulang ikan terbuang yang bakal diproses menjadi tepung yang kaya dengan kalsium hasil penyelidikan "Inovasi Tulang Ikan" selama dua tahun pada satu persidangan.
Dua orang pelajar UMT memperhatikan tulang ikan yang bakal diproses menjadi tepung yang kaya kalsium pada program inovasi UMT di Gong Badak.
Proses Pembuatan Tulang Ikan menjadi tepung yang kaya kalsium dan boleh digunapakai untuk pelbagai produk makanan.
0 comments :
Posting Komentar