Senin, 20 Oktober 2014

Bersama Pengusaha Testimoni Kalsium Tulang Ikan (1)






Kak Salomi




 Biodata


Salaumi binti Said@Harun, 40 atau lebih dikenali dengan panggilan Umi tinggal di Kg.Telaga Daing, kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan sehingga tingkatan 5 dan setelah itu tidak lagi meneruskan pembelajaran. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang kini menetap di rumah milikan tunggal milik beliau. Beliau tinggal bersama-sama anak-anak beliau seramai 5 orang. Beliau menanggung persekolahan anak-anak beliau secara persendirian dan hanya seorang dari anak beliau yang ditanggung daripada kerajaan


Beliau telah menetap selama 20 tahun di Kg. Telaga Daing sejak arwah suami beliau masih lagi ada. Bagi menyara kehidupan, pada peringkat awal beliau mengusahakan perniagaan keropok lekor di kawasan pusat membeli belah di pinggir bandar Kuala Terengganu. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi beliau kerana perniagaan beliau tidak mendatangkan pulangan yang diharapkan dan akhirnya memaksa beliau untuk tidak meneruskan lagi perniagaan beliau. Sejak itu beliau beralih arah dari mengusaha keropok lekor kepada pengusahaan kuih muih secara kecil-kecilan.

 

Produk

Puan Salaumi mengusahakan pruduk dalam pembuatan muffin, kek lapis dan mee rebus. Bagi produk muffin dan kek lapis yang dibuat oleh beliau di pasarankan mengikut permintaan daripada pelanggan. Kebiasaannya produk ini mendapat permintaan tinggi apabila menjelang musim perayaan dan juga musim perkahwinan. Namun begitu pada hari-hari biasa beliau masih mengusahakan dalam membuat muffin dan puding roti dalam kuantiti yang sedikit. Bagi produk mee rebus, beliau membuat dan menghantarkan ke gerai-gerai makanan di kawasan tempat tinggal beliau


kek lapis
muffin

Permasalahan
Menurut Puan Salaumi permasalahan yang amat ketara adalah dari segi kewangan yang amat di perlukan dalam mendapatkan bahan mentah bagi menghasilkan muffin, kek lapis dan juga mee rebus. Amatlah di harap oleh beliau jika memperoleh bantuan daripada pihak terbabit dalam menghasilkan produk jualan. 

Cadangan dan Hala Tuju

Bagi hala tuju pada masa hadapan Puan Saloumi ingin terus maju dalam perniagaan dan akan terus berkembang. Selain itu juga, beliau ingin dibantu dalam perniagaan agar beliau dapat terus meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang semuanya masih lagi di bangku persekolahan. 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kehidupan yang di lalui oleh Puan Saloumi kini penuh ranjau dan cabaran dalam meneruskan kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, beliau boleh di ibaratkan kais pagi makan pagi yang adakala nya mereka sekeluarga hanya makan berlaukkkan telur mata dan juga kicap. Kisah yang diceritakkan oleh Puan Salomi amat memberikan kesedaran kepada individu lain diluar sana yang mana masih ada insan yang memerlukan bantuan dan perhatian. Tambah lagi beliau kini sudah tiada suami sebagai tempat bergantung dan anak-anaklah yang menjadi sumber semangat dalam meneruskan kehidupan seharian. 



 
Puan Salaumi bersama anak-anak


 

 



0 comments :

Posting Komentar