Rabu, 22 Oktober 2014

Testimoni Kek Lapis Puan Salaumi

Pendahuluan

Puan Salaumi telah mengusahakan pemprosesan kek lapis sudah 3 bulan lamanya. Permintaan kek lapis yang tinggi apabila menjelang musim perayaan yang boleh mencecah sehingga 200 biji sehari. Hal ini secara tidak lansung dapat memberi pendapat yang lebih kepada beliau. Dalam menghasilkankek lapis ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana suhu pembakar perlulah tepat agar tidak menjejaskan kualiti dan juga rasa muffin itu sendiri. Bukan itu sahaja, masa juga di peruntukkan amat lama dalam menghasilkan kek lapis.


Ketahanan Produk  

Menurut Puan Salaumi muffin yang di hasilkan oleh beliau boleh bertahan dalam jangkamasa 2 minggu tanpa bahan pengawet. Hal ini agak merisaukan kepada beliau keran jika dihasilkan dalam kuantiti ynag banyak tempoh masa ketahanan ini sudah tidak agak lama. Tempoh ketahanan ini adalah tidak diletakkan dalam peti sejuk beku dan hanya diletakkan di tempat yang terbuka. Jika dimasukkan ke dalam peti sejuk beku jangka hayat kek lapis  ini akan lebih panjang sekurang-kurangnya 1 tahun.



Inovasi Penggunaan Kalsium 

Puan Salaumi mula di perkenalkan dengan kalsium tulang ikan daripada inovasi tulang ikan yang telah di kaji oleh Dr. Dara Aisyah. Semenjak beliau menggunakan kalsium inovasi tulang ikan ini ketahanan bagi kek lapis yang telah dihasilkan oleh beliau menunjukkan perubahan yang drastik. Antara perubahan yang telah berlaku pada kek lapis beliau adalah jangka hayat kek lapis itu sendiri telah bertahan lebih lama berbanding sebelum ini. Kek lapis beliau kini sudah bertahan sehingga 3 bulan lamanya tanpa diletakkan dalam peti sejui beku. Hal ini sekaligus memberi sinar baru dalam produk kek lapis Puan Salaumi yang selama ini beliau risau akan tahap ketahanan kek lapis beliau. Kini beliau tidak perlu lagi risau jika di buat lebih awal untuk pelanggan beliau jika kuantiti yang diminta adalah tinggi yang mungkin tidak dapat dihasilkan dalam masa sehari.






 

0 comments :

Posting Komentar