Minggu, 10 Mei 2015

Minggu, 03 Mei 2015

Sabtu, 18 April 2015

Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2015 (MPI '15)

Alhamdulillah, telah selesai pertandingan "Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2015 (MPI '15)" yang bertarikh pada 14-16 April 2015, bertempat di Dewan Auditorium Blok Akademik UniSZA Kampus Gong Badak Terengganu, MALAYSIA. Pertandingan ini dianjurkan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi(CRIM), UniSZA. Matlamat menyertai pertandingan ini adalah untuk memperkenalkan Produk Pelancongan Komuniti Terengganu dari hasil penyelidikan kalsium tulang ikan saya. Terdapat beberapa produk komuniti yang sempat saya persembahkan dalam MPI '15, antaranya adalah produk daripada I-Nun, produk ALMA Eyespray (air zam zam dan air kalsium), produk agar - agar kering berkalsium, produk bunga durian berkalsium, produk sabun Basyasya berkalsium, produk sabun rumpai laut berkalsium, produk sabun zafron dan habbatussauda berkalsium, produk coppucino berkalsium, produk minuman susu coklat berkalsium, produk coklat berkalsium dan pelbagai jenis lagi produk yang berasaskan kalsium.  



Ini adalah antara gambar yang sempat diambil semasa berlansungnya MPI '15